Rawang pasang surut
Rawang pasang surut

Rawang pasang surut

Rawang pasang surut (juga dikenali sebagai sejenis "tanah lembap pasang surut" dan rawa pasang surut) ialah rawang yang dapat ditemui di sepanjang sungai, pantai dan muara sungai dan longkang yang terpengaruh dengan pergerakan pasang surut air kerana berdekatan dengan muara, laut atau lautan yang bersebelahannya.[1] Air yang terkandung di rawang sentiasa berganti dan menyebabkan air tidak terlalu masin, sehingga beberapa fauna dan flora boleh berapdatasi di sini.[2] Rawang pasang surut terbentuk di kawasan yang terlindung daripada ombak (seperti di tepian teluk), di atas cerun pasang surut, dan di mana air tawar atau masin berada. Mereka juga terjejas oleh gangguan sementara seperti taufan, banjir, ribut dan kebakaran di tanah tinggi.[3]Keadaan rawang pasang surut boleh bergantung kepada kedua-dua proses iaitu proses semula jadi dan antropogenik.[4] Dalam tempoh kebelakangan ini, amalan manusia sama ada berskala kecil dan besar, telah menyebabkan perubahan dalam ekosistem yang telah memberi impak atau kesan yang ketara kepada pemeliharaan ekosistem rawang pasang surut.[4] Beberapa perubahan skala yang lebih kecil termasuk hakisan menghulu dan pembangunan di persisiran pantai. Perubahan yang besar termasuk pencemaran dan kenaikan aras laut (daripada perubahan iklim). Perubahan ini semuanya memberi tekanan kepada rawang pasang surut.[5]